Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Cara Mudah Untuk Lulus Pinjaman Perumahan Dengan bank di Malaysia

Pada masa kini, dek kerana harga rumah yang terlampau tinggi terutamanya di bandar besar di Malaysia, ini menyebabkan ramai terpaksa mencari kemudahan pembiayaan pinjaman perumahan yang terbaik untuk membiayai pembelian rumah idaman mereka sendiri.

Selain itu, terdapat juga yang mencari alternatif yang lain dengan mencari rumah mampu milik kerana harga yang jauh lebih murah tanpa perlu berhempas pulas untuk mengikat perut demi sebuah rumah. Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang rumah mampu milik.

Bagaimanapun, anda harus sedar bahawa harga rumah sekarang amatlah berbeza jika dibandingkan pada 10 tahun yang lalu. Amat sedikit yang mempunyai kemampuan untuk beli rumah pertama secara tunai, tanpa perlu membuat sebarang dari pihak bank.

Cuba anda bayangkan harga rumah teres yang setingkat di kawasan luar bandar pun sudah mencecah ratusan ribu ringgit, apatah lagi harga rumah di kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur.

 rumah mampu milik selangor

Walaubagaimanapun, produk pembiayaan pinjaman perumahan sekarang sudah menjadi satu keperluan bagi setiap orang yang ingin mempunyai rumah sendiri. Jika anda merupakan salah seong yang masih mencari pembiayaan pinjaman rumah yang terbaik, harap tip beli rumah pertama berikut dapat dijadikan rujukan:

1. Berikan sepenuh Perhatian Dekat Simpanan Anda

Kalau anda hendak tahu, pihak bank sangat suka apabila anda mempunyai simpanan yang mencukupi. Oleh itu, ini akan memudahkan mereka untuk kenal pasti peminjam yang betul-betul mempunyai komitmen dalam membayar balik ansuran bulanan pinjaman peribadi  tanpa gagal.

Sebagai permulaan, anda haruslah fokus untuk buat simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih untuk bayaran ansuran pembiayaan rumah.

 rumah mampu milik pahang

2. Kawal Nafsu Semasa Gunakan Kad Kredit

Terdapat satu pepatah berkata, kad kredit boleh menjadi kawan atau musuh anda. Hal ini kerana pihak bank juga mengambil kira faktor penggunaan kad kredit dalam cara kira loan rumah. Kalau tidak menggunakannya dengan bijak, silap hari bulan dapat menghancurkan kesihatan kewangan anda.

Untuk pengetahuan anda,  anda boleh menetapkan had penggunaan kad kredit mengikut kemampuan kita bayar balik jumlah yang dipinjamkan. Selebihnya, elakkan guna sehingga 70% daripada had yang telah ditetapkan.

Dengan mengamalkan kesederhanaan dalam menggunakan kad kredit, ini akan menghasilkan skor kredit yang cantik dan meningkatkan peluang anda untuk lulus dalam mendapatkan permohonan pinjaman.

3. Mempunyai Rekod CCRIS Yang Baik

Seterusnya, laporan CCRIS juga boleh menjadi penyebab utama sama ada permohonan pinjaman anda dapat diluluskan ataupun ditolak. Dengan kata yang lain, laporan CCRIS anda harus cantik dengan hanya jumlah “0” untuk memudahkan pihak bank membuat kalkulator loan rumah peribadi anda. Layari laman web pemaju Mega 3 untuk maklumat teliti tentang CCRIS.

Sebaiknya, anda disarankan semak sebarang hire-purchase yang ada, dan memastikan anda tahu bila tarikh akhir untuk anda jelaskan ansuran bulanan ini. Sentiasa memastikan anda bayar awal-awal sebelum tarikh bayaran!

 pinjaman peribadi islamik

4. Semak Dulu Kelayakan Meminjam

Sebelum anda memohon pinjaman bank atau membeli rumah melalui penguluaran KWSP, lebih baik anda mendapatkan nasihat atau konsultasi daripada pegawai bank terdahulu.

Sekurang-kurangnya pergi ke lebih 3 bank yang berbeza untuk membuat semakan kelayakan anda untuk memohon pinjaman. Hal ini kerana lain bank, lain polisi dan syarat mereka.

Membuat keputusan yang tergopoh-gopoh atau tanpa membuat penyelidikan yang mendalam tentang hal ehwal bidang hartanah adalah sesuatu yang mesti dielakkan. Hal ini kerana andai kata anda tidak dapat pembiayaan, anda juga yang susah nanti.

5. Sediakan Dokumen Sokongan Yang lengkap dan Terkini

Apabila hendak membuat permohonan pinjaman rumah, bukan setakat dokumen asas sahaja yang anda hendak hantar kepada pihak bank. Jika boleh, siapkan sekali segala dokumen-dokumen yang buktikan anda mempunyai saluran pendapatan yang lain, selain daripada gaji anda. Cuba pastikan bahawa dokumen anda lengkap dan telah dikemaskini.

No Comments